Sistem artileri medan Artileri

Cyclone kepunyaan Artileri Perancis ke-320, di Hoogstade, Belgium, 5 September 1917.

Disebabkan artileri medan kebanyakannya menggunakan tembakan tidak langsung meriam perlu menjadi sebahagian dari sistem yang membolehkan mereka menyerang sasaran yang tidak dapat dilihat oleh mereka tetapi menurut rancangan gabungan senjata.

Fungsi utama sistem artileri medan adalah:

  • Komunikasi
  • Perintah: kuasa bagi mengagihkan sumber;
  • Penentuan sasaran: mengesan, mengenalpasti dan membuat kesimpulan lokasi sasaran;
  • Kawalan: kuasa bagi menentukan sasaran mana untuk diserang dan menentukan unit pembedil untuk menyerang;
  • Penghasilan data bedilan – untuk melancar bedilan dari unit pembedil kepada sasarannya;
  • Unit pembedil (Fire unit): meriam, pelancar atau motar dikelompokkan bersama;
  • Perkhidmatan khas – menghasilkan data bagi menyokong penghasilan data tembakan yang jitu;
  • Perkhidmatan logistik – untuk membekalkan bekalan tempur, terutama peluru, dan peralatan sokongan.

Fungsi organisasi dan spatial ini dapat diatur dalam pelbagai cara. Semenjak penciptaan tembakan tidak langsung moden tentera yang berlainan telaha melakukannya dalam cara yang berlainan ditempat dan masa yang berlainan. Teknologi sering kali merupakan faktor tetapi isu ketenteraan-masyarakat turut memainkan peranan, hubungan antara artileri dengan cabang persenjataan lain, keberkesanan dan kecekapan juga turut dinilai. Kos turut menjadi isu disebabkan jumlah besar peluru yang digunakannya dan tahap tenaga manusianya.

Komunikasi merupakan asas sistem artileri, ia perlu boleh diharap dan masa sebenar untuk menghubing pelbagai unsur. Pada abad ke-20 komunikasi menggunakan bendera, kod morse melalui radio, talian dan cahaya, suara dan teletaip (telecetak) melalui talian. Radio termasuk HF, VHF, satelit dan relay radio termasuk sistem sawat taktikal. Bagi tentera barat kebiasaannya komunikasi radio biasanya di enkrip.

Kemunculan radio boleh alih selepas Perang Dunia I mempunyai kesan yang besar bagi artileri kerana ia membolehkan operasi gerak dan pantas dengan peninjau menyertai infantri atau tentera berperisai. Semasa Perang Dunia II sesetengah tentera melengkapkan meriam bergerak (self-propelled guns) dengan radio. Bagaimanapun, kadang-kala semasa awal pertengahan Abad ke-20 rancangan artileri cetakan keras dan penekapan peta (map traces) diagihkan.

Komunikasi data amat penting bagi artileri kerana dengan menggunakan perutusan berstruktur dan jenis data ditetapkan perutusan kawalan bedilan dapat diarah secara automatik dan diproses oleh komputer. Sebagai contoh unsur penetapan sasaran mampu menghantar dan memproses perutusan dengan perincian sasaran secara sendirinya. Sebagai contoh unsur penetapan sasaran mampu menghantar perutusan dengan perincian sasaran yang dihantar melalui unsur pengawal bedilan taktikal dan teknikal untuk menghantar data bedilan kepada sistem pengatur meriam dan meriam akan diataur secara sendirinya. Apabila jaringan data taktikal semakin meluas ia akan membenarkan mana-mana tentera dijaringan data taktikal satu cara untuk melapor maklumat sasaran dan meminta bedilan artileri.

Perintah adalah kuasa bagi mengatur sumber, biasanya dengan menugaskan formasi atau unit artileri. Istilah terminologi dan kesannya mungkin jauh berbeza. Bagaimanapun, secara umum unit artileri ditugaskan dalam sokongan langsung atau sokongan tidak langsung. Pada kebiasaannya, yang terdahulu kebanyakannya memberikan sokongan dekat kepada unit bergerak sementara yang terkemudiannya mungkin memberikan sokongan dekat atau tembakan mendalam, terutamanya bedilan-balas (counter-battery). Umumnya, ‘sokongan langsung’ turut bererti bahawa unit artileri membekalkan pemerhati artileri dan pasukan perhubungan kepada unit yang disokong. Kadang-kala unit sokongan langsung diletakkan dibawah pemerintahan regimen/brigade yang mereka sokong. Unit sokongan umum mungkin dikelompokkan kedalam formasi artileri pada tahap brigade atau division, atau banyak batalion regimen, dan biasanya di bawah pemerintah division, kor atau ibu pejabat lebih tinggi. Unit sokongan umum biasanya dipindahkan kemana mereka amat diperlukan pada masa tertentu. Pemerintah artileri mungkin menetapkan kepentingan dan kekangan bagi menyokong rancangan komander persenjataan gabungan(combined arms).

Penetapan sasaran - Target acquisition boleh melalui pelbagai cara, ia biasanya pemantauan dalam masa sebenar tetapi mungkin merupakan hasil analisa. Pasukan pemantau artileri merupakan cara biasa penetapan sasaran. Bagaimanapun, pemantauan udara turut digunakan semenjak tembakan tidak langsung dan dengan cepat disertai oleh gambar udara. Penetapan sasaran juga boleh dilakukan oleh sesiapa jua yang mampu memberikan maklumat kepada sistem artileri. Sasaran mungkin kelihatan kepada tentera dibaris hadapan atau terletak jauh kehadapan dan tidak nampak oleh mereka.

Perkakasan pemantauan berbeza dari segi kerumitannya.

  • Kenderaan udara tak kendali merupakan pemantauan udara terkini, mulai diperkenalkan semenjak awal 1960-an.
  • Perkakasan ada bagi pasukan pemgawas telah meningkat dari hanya kompas prismatik atau teropong berkaki tiga dan kadang kala penentu jarak optik.
  • Perkakasan khas bagi mengesan artileri musuh: mencari kilauan dan terutamanya menentu bunyi (sound ranging) muncul semasa Perang Dunia I yang terkemudiannya telah melalui peningkatan dengan peningkatan teknologi. Ini kemudiannya diikuti oleh radar semasa Perang Dunia II.
  • Pada pertengahan -1970-an beberapa pasukan tentera mulai melengkapi pasukan pemantau artileri mereka dengan penentu jarak laser, peranti pandang malam dan radar pemantau darat (ground surveillance radars ), ia kemudiannya diikuti oleh penentu arah inert (inertial orienting) dan peranti navigasi bagi meningkatkan ketepatan pada lokasi sasaran. Global Positioning System (GPS) membekalkan cara kecil dan mudah bagi menentukan sasaran bagi peranti penetap sasaran.
  • Unit khas dengan radar pengawas darat, deria darat tak kendali atau peronda pemantau beroperasi dauh kehadapan juga telah digunakan.
  • Sasaran dihadapan mungkin ditetapkan melalui proses perisikan yang menggunakan pelbagai sumber dan agensi seperti HUMINT, SIGINT, ELINT and IMINT.
  • Peluru kendalian laser memerlukan penetap sasaran laser, biasanya dengan pasukan pemantau di darat tetapi mungkin juga dengan pemasangan pada UAV.
  • Kenderaan pemantau artileri khas yang muncul sejak Perang Dunia II dan telah meningkat keupayaannya semenjak itu.

Kawalan, kadang kala dikenali sebagai kawalan tembak taktikal, menumpu kepada pensasaran dan pembahagian unit tembakan kepada sasaran. Ianya penting apabila sasaran dalam julat banyak unit penembak dan jumlah unit penembak yang diperlukan bergantung kepada jenis sasaran, dan keadaan dan tujuan pertempuran. Pensasaran menumpu kepada memilih senjata yang sesuai dalam jumlah yang sesuai bagi mencapai kesan yang diperlukan pada sasaran. Pengagihan bertujuan menyelesaikan dilema artileri - sasaran penting jarang perlu dimusnahkan segera sementara sasaran yang perlu dimusnahkan dengan segera jarang penting. Pastinya penting adalah berganting pada sudut pandangan individual; apa yang penting kepada pemerintah division jarang sama dengan apa yang penting kepada pemerintah platon.

Secara umum, terdapat dua situasi: bedilan terhadap sasaran peluang (opportunity targets) dan sasaran yang pertembungan dirancang sebagai sebahagian operasi tertentu. Dalam keadaan kedua pemerintah menetapkan unit tembakan kepada operasi dan perancang tembak artileri keseluruhan membuat perancangan, kemungkinannya meletakkan sebahagian sumber kepada perancang yang lain. Perancang tembakan turut membabitkan sumber bukan artileri seperti motar dan kapal terbang.

Kawalan tembakan terhadap sasaran musuh merupakan pembeza penting antara sistem artileri berlainan. Dalam sesetengah tentera hanya Ibu Pejabat artileri yang ditetapkan mempunyai kuasa perintah tembakan taktikal bagi mengarah unit bedilan bagi menyerang sasaran, semua permintaan bagi tembakan dibuat kepada Ibu Pejabat tersebut. Kuasa ini mungkin merangkumi keputusan mengenai jenis dan jumlah peluru yang digunakan. Dalam tentera lain 'pemantau rasmi' (contoh pasukan pemantau artileri atau unsur penetap sasaran yang lain) juga turut boleh mengarah unit pembedil bagi menyerang. Dalam kes kedua pasukan pemantau bateri boleh mengarah bedilan bagi bateri artileri mereka sendiri dan mungkin dibenarkan untuk mengarah bedilan bagi keseluruhan batilion mereka dan kadang-kala mungkin beberapa batalion. Sebagai contoh komander artileri dividion mungkin membenarkan pemantau tertentu untuk memberi arahan bedilan kepada keseluruhan artileri peringkat division. Sungguhpun pemantau pada asalnya tidak mempunyai kebenaran awal mereka masih boleh meminta bantuan bedilan.

Tentera yang menggunakan kawalan taktikal hadapan secara umumnya meletakkan kebanyakan dari pegawai kanan dari unit artileri di hadapan di pos pemantau pemerintah atau bersama pasukan cawangan penyokong. Yang tidak menggunakan pendekatan ini cenderung meletakkan pegawai ini berhampiran dengan meriam. Dalam kedua kes unsur pemantau biasanya mengawal tembakan bedilan secara terperinci terhadap sasaran, seperti menyelaraskannya pada sasaran, mengerakkan dan menyelarasnya dengan cabang sokongan apabila perlu bagi mencapai kesan yang dikehendaki.

Data tembakan perlu dikira dan merupakan kunci penting kepada tembakan tidak langsung, aturan mengenainya jauh berbeza. Pada akhirnya data tembakan terdiri dari dua komponen: suku dongakan dan azimuth, dan selain itu ditambah saiz cas penujah dan penetapan fius. Proses bagi menghasilkan data tembakan ini kadang kala dikenali sebagai kawalan bedilan teknikal. Sebelum komputer, sesetengah tentera menetapan jarak melalui pengamatan bidikan meriam, yang diselaraskan secara mekanikal dengan pecutan laras meriam itu. Untuk selama beberapa dekad dalam tembakan tidak lansung, data tembakan sering kali dikira oleh pemantau yang kemudiannya membetulkan menurut kejatuhan bedilan pada sasaran.

Bagaimanapun keperluan membedil sasaran pada waktu malam, bedilan tertumpu atau mengenai sasaran dengan bedilan pertama mendorong kepada jangka tembakan dikembangkan semasa Perang Dunia I. Jangka tembakan wujud bersama kaedah lebih lama. Selepas Perang Dunia II, kaedah jangkaan sering kali digunakan tetapi tembekan pendek atau melampau perlu disesuaikan disebabkan kedudukan sasaran tidak tepat, kedudukan tentera sahabat atau keperluan mengenai sasaran bergerak. Ralat penentuan sasaran dikurangkan dengan banyaknya sebaik sahaja penetap jarak laser, peranti orentasi dan navigasi diberikan kepada pasukan pemantau.


Dalam tembakan jangkaan data asas geospatial, sidut penglihatan dan azimuth antara unit artileri dan sasaran dihasilkan dan dibetulkan bagi perbezaan dangan 'keadaan piwaian'. Variasi ini termasuk lusuh laras, suhu penujah, perbezaan berat peluru yang memberi kesan kepada pecutan laras, dan suhu udara, kepadatan, arah dan laju angin dan putaran bumi yang memberi kesan kepada peluru yang sedang terbang. Kesan bersih kesemua variasi juga boleh ditentukan dengan menembak titik yang diketahui dengan tepat, proses yang dikenali sebagai ‘daftaran'.

Kesemua pengiraan ini menghasilkan sudut dongakan (atau julat) dan azimuth dilakukan dengan tangan oleh tentera yang terlatih dengan menggunakan perkakasan, data yang dikira (tabulate), data saat dan anggaran sehinggalah komputer medan perang mula muncul pada 1960-an dan '70-an. Walaupun sesetengah mesin kira awal menyalin kaedah tangan (biasanya menggantikan (polynomial) bagi data dikira), komputer menggunakan pendekatan berlainan. Ia simulate trajektori peluru dengan menerbangkannya dalam langkah kecil dan menggunakan data mengenai setiap keadaan yang memberi kesan kepada trajektori pada setiap langkah. Simulasi ini diulang sehingga ia menghasilkan suku dongakan dan azimuth yang meletakkan peluru dalam jarak yang diperlukan pada kordinate sasaran. NATO mempunyai model balistik piwaian bagi pengiraan komputer dan telah mengembangkan skop ini kepada NATO Armaments Ballistic Kernal (NABK).

Pasukan artileri medan

Rencana utama: artileri medan

Artileri medan yang moden (lepas -Perang Dunia I) terbahagi kepada tiga bahagian jelas: peninjau hadapan (atau (forward observer - FO), pusat arah tembak (fire direction center -FDC) dan meriam itu sendiri. Peninjau hadapan meninjau sasaran menggunakan peralatan seperti teropong, penentu jarak laser, melaksanakan misi menentu dan mengarah tembakan melalui radionya, atau menyampaikan data melalui komputer bimbit melalui sambungan radio digital dienkrip yang dilindungi dari diganggu melalui lompatan frekuensi (frequency hopping) berkomputer.

Peninjau hadapan boleh berhubung secara langsung melalui unit pusat arah tembak (FDC), di mana terdapat satu bagi setiap bateri 4–8 meriam. Sekiranya tidak beberapa peninjau hadapan boleh berhubung dengan pusat arah tembak (FDC) lebih tinggi seperti ditahap Batalion, dan pusat arah tembak (FDC) lebih tinggi akan mengatur kepentingan sasaran dan membahagi tembakan kepada pasukan meriam individual sebagaimana yang diperlukan untuk mensasar sasaran yang dilaporkan oleh peninjau hadapan atau melaksanakan tembakan yang telah dirancang.

Pusat araf tembak unit meriam (FDC) mengira data tembakan —jenis peluru yang akan digunakan, jumlah serbuk penujah, menetapkan fius, arah kepada sasaran, dan sudut dongakan (quadrant elevation) yang perlu ditembak untuk sampai ke sasaran, meriam mana yang akan menembakkan sebarang peluru yang diperlukan bagi menyesuaikan jenis sasaran, dan jumlah bedilan yang akan ditembak pada sasaran bagi setiap meriam sebaik sahaja sasaran telah disasar dengan tepat—menurut setiap meriam. Secara tradisi data ini disampaikan melalui radio atau komunikasi berwayar sebagai arahan amaran kepada meriam, diikuti arahan khusus bagi jenis peluru dan penetapan fius, arah, dan dongakan yang diperlukan bagi sampai ke sasaran, dan kaedah penyesuaian atau arahan bagi mula membedil bagi kesan (fire for effect -FFE). Bagaimanapun dalam unit artileri lebih maju, data ini disampaikan melalui sambungan radio digital.

Bahagian lain pasukan artileri medan termasuk analisa cuaca (meteorological analysis) untuk menentukan suhu, kelembapan, dan tekanan udara dan angin pada altitude berlainan. Radar turut digunakan bagi menentukan lokasi pasukan artileri dan motar musuh dan menentukan titik hentaman tepat bedilan yang ditembak oleh unit meriam dan membandingkan lokasi tersebut dengan apa yang dijangka untuk mengira daftar membenarkan bedilan berikutnya boleh dilepaskan dengan lebih tepat.

Tempoh ke Sasaran (Time on Target)

Teknik yang dikenali sebagai Tempoh ke Sasaran (Time on Target) telah dimajukan oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Teknik ini menggunakan tempoh penerbangan yang ditentukan dengan tepat dari setiap kelompok meriam yang melepaskan tembakan ke kawasan sasaran. Apabila Tempoh ke Sasaran (TOT) telah ditetapkan setiap meriam akan menyertai menembak kepada sasaran ditolak tempoh penerbangan dari TOT bagi menentukan masa untuk melepaskan tembakan. Setiap bateri meriam individual akan melepaskan tembakan mereka agar seberapa serentak yang mungkin. Apabila setiap meriam melepaskan tembakan menurut tempoh masa mereka sendiri agar setiap tembakan akan sampai ketempat sasaran hampir serentak. Teknik ini amat berkesan apabila digabungkan dengan teknik yang membenarkan tembakan berkesan dilakukan tanpa tembakan penyesuaian awal.

Kategori laras (Calibre)

Bentuk ketiga pengelasan artileri adalah membahaginya kepada kelas 'ringan', 'sederhana', dan 'berat' dan pelbagai jenis istilah lain. Ia kemungkinannya diperkenalkan semasa Perang Dunia I, yang menghasilkan pelbagai jenis artileri dalam pelbagai saiz dengan itu pengelasan mudah diperlukan. Sesetengah tentera mentakrifkan kategori ini menurut jenis laras. Julat berlainan digunakan bagi senjata jenis berlainan - meriam lapangan, motar, meriam anti pesawat, dan meriam persisiran.